Crystal Crown Slide Show...

TIPS PEMAKANAN


TIPS PEMAKANAN


Ramai yg bertanyakan tentang tips tips untuk menguruskan badan. Yang pastinya , hargailah badan dan kesihatan kita. Jangan terlalu ingin menurunkan berat badan tanpa memikirkan tentang kesihatan dan lain lain faktor.Jika terlalu stress dan setiap hari hanya memikirkan bagaimana untuk menguruskan badan dan asyik sering dok menimbang berat badan, maka berat badan juga akan lambat turun. Jadi amalkan pemakanan yang sehat.Dibawah ni cuba di perturunkan beberapa langkah yang agak senang dan memang sehat .Cuma bila saya bitau cara cara ni, kengkadang sesetengah tu berkata , tak dapat nak lakukan……hmmmm

  • Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk  / penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.
  • Kurangkan makan makanan  bergoreng, berlemak dan berkolestrol.
  • Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.
  • Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.
  • Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.
  • Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan
  • Kurangkan pengambilan  nasi / sekali sehari sudah memadai.
  • Cubalah berpuasa sekali seminggu utk merehatkan badan,perut dan minda.

Cara Betul Makan Buah-buahan


*                      CARA YANG SALAH

Kebanyakan daripada kita makan buah sebagai pemanis mulut atau ‘dessert’ selepas makan menu utama seperti nasi atau roti. Tekstur buah yang lembut menjadikannya senang dihadamkan berbanding nasi, daging, roti dan makanan lain yang biasa dijadikan hidangan utama. Buah terhadam akan tersekat dan akan terfermentasi sementara menunggu makanan berat dihadamkan. Fermentasi ialah proses pemecahan molekul berat karbohidrat kepada molekul ringkas oleh bakteria. Proses fermentasi akan menghasilkan asid dan gas dalam perut. Apabila buah terfermentasi bercampur dengan keseluruhan makanan dan jus-jus pencernaan, keseluruhan makanan akan rosak. Gas pula akan menyebabkan kembung perut.

*                      CARA YANG BETUL                              
Makan buah apabila perut kosong atau sebelum mengambil hidangan utama. Cara ini sebenarnya adalah amalan RASULULLAH S.A.W. Apabila anda mengamalkan pemakanan buah yang betul, sistem penghadaman anda akan dinyahtoksin seterusnya memberikan bekalan tenaga yang mencukupi untuk proses penurunan berat badan dan aktiviti yang lain. Sebaik-baiknya anda makanlah keseluruhan buah kerana ia akan membantu proses penghadaman, mengelakkan sembelit dan menyumbangkan vitamin dan mineral kepada badan anda. Buat jus buah sendiri kerana jus di pasaran sudah diproses dengan haba dan bahan kimia. Haba mungkin merosakkan nutrien dalam buah dan bahan kimia mungkin akan memudaratkan kesihatan anda.

Perniagaan Crystal Crown Enterprise

Vitagen, Nata de Coco dan Yogurts yang segar




Buah-buahan yang segar dan lazat dimakan




Senarai Harga




On-line Order Form

Name:
Email Address:
Phone Number:
Order item :

This HTML form was created by Freedback.
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Crystal Crown Enterprise |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.